Pendidikan
Pemulihan adalah satu program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk membantu anak-anak murid yang lemah, berbanding dengan
kebanyakan rakan-rakan sebaya mereka. Anak-anak murid yang lemah dari segi
penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira akan diberikan ajaran
pemulihan sehingga mereka dapat mencapai tahap mereka yang sepatutnya.
Pada
masa kini, pendekatan pemulihan merupakan suatu kaedah rawatan dan pemulihan
yang penting. Program tersebut memberi ruang kepada murid-murid yang rendah
intelek bagi mendapat peluang pendidikan yang sama seperti yang dinikmati oleh
murid-murid biasa yang seumur dengannya.
Pihak
kerajaan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia telah berbelanja tinggi supaya
masalah keciciran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dapat diatasi.
Tegasnya, pelaksanaan program pemulihan merupakan satu usaha yang dilaksanakan
bagi mengatasi masalah murid-murid dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis
dan mengira.
Guru-guru
pemulihan perlulah merupakan seorang guru yang berkasih sayang dan penuh
kesabaran. Hal ini demikian kerana anak-anak murid pemulihan adalah berbeza
dengan mereka yang biasa. Berbanding dengan murid-murid biasa, anak-anak pemulihan
memerlukan masa dan usaha yang lebih untuk belajar. Namun, jika mereka sudi
belajar, sudah pastinya mereka boleh menguasai kemahiran asas dengan cemerlang.
Tambahan pula, sesetengah daripada mereka boleh mencapai tahap yang lebih
tinggi daripada murid biasa selepas menguasai kemahiran asas tersebut.
Oleh
itu, untuk menjayakan pelaksanaan program pemulihan, beberapa program lain yang
berkaitan turut diperkenalkan seperti Program LINUS (Literacy and Numeracy
Screening), Program KIA2M, Program PROTIM dan Program Pemulihan yang
dikendailkan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing, bagi murid
Tahun 2 dan 3. Program LINUS digunal bagi murid-murid yang tidak mempunyai
masalah pembelajaran tetapi belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik. Program
KIA2M adalah dilaksanakan sejak tahun 2006 dan program tersebut adalah khas
bagi murid Tahun 1. Program PROTIM ialah Program Pemulihan Asas Kemahiran
Membaca, untuk murid Tahap II selepas mereka.
No comments:
Post a Comment