Secara umumnya, murid pemulihan ialah kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran tetapi fizikal dan paras luarannya adalah sama dengan murid-murid
biasa.
Merujuk
Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang dinyatakan oleh Syed Abu Bakar
dalam bukunya, kanak-kanak pemulihan adalah seperti murid-murid di kelas biasa
tetapi menghadapi beberapa masalah yang menyebabkan mereka tidak dapat mengikut
jejak pembelajaran murid-murid di kelas biasa.
Menurut Tansley dan Gullifrd (1960), kanak-kanak lambat dapat
dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu:
Menurut Syed Abu Bakar (1997), terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar pemulihan mengalami kesulitan belajar, seperti berikut:
Menurut Haigh
(1977), beliau telah mencirikan murid pemulihan seperti berikut:
- Pencapaian yang rendah dalam kemahiran asas dan mengalami ketidakupayaan dari segi bahasa.
- Keupayaan berbahasa dan daya kefahaman yang terhad.
- Minat terhadap pelajaran terhad dan bersikap dingin terhadap kejayaan dalam pelajaran.
- Perlakuan yang sukar dikawal seperti pakaian mereka yang tidak kemas.
- Berkelakuan liar di dalam sekolah untuk menutup kelemahan mereka dan menarik perhatian guru.
- Tidak pandai dalam menulis tetapi pertuturan mereka agak baik.
Menurut Marie Jean Low (1973), kanak-kanak lambat adalah lemah dalam
daya pemikiran yang abstrak, daya koordinasi pancaindera dengan pemikiran dalam
hal pengamatan, pendengaran dan pertuturan. Mereka juga tidak dapat menerima
konsep baru, kurang keyakinan diri serta tumpuan perhatian mereka juga terhad.
Dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas pula, ia telah
mengkategorikan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan kepada beberapa komponen utama
seperti berikut:
No comments:
Post a Comment