Pendidikan pemulihan adalah satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang memberi keutamaan kepada masalah murid. Kaedah-kaedah yang
wajar perlu diambil untuk mengenal pasti dan memulihkan seseorang anak murid
tersebut. Bagi anak murid yang bersikap negatif dan bertingkah laku kurang
baik, di mana akan menjejaskan pembelajaran dan pembentukan sikap yang baik, permerhatian
akan turut akan diberikan dalam program pemulihan.
Program pemulihan ialah cara-cara khusus yang
dijalankan dalam konteks KBSR. Tujuannya adalah untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran 3M. Selepas masalah
mereka dikenal pasti, program pemulihan akan diberikan.Murid-murid yang
memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya memerlukan pemulihan, sama
ada di bandar mahupun luar bandar di semua peringkat persekolahan.
Jika masalah pembelajaran seseorang anak murid
pemulihan adalah ringan, pemulihan boleh dijalankan oleh guru kelas biasa.
Sebaliknya, anak murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang berat dan
kompleks perlu dikelolakan oleh guru khas pemulihan di dalam kelas khas
terutamanya bagi kemahiran asas 3M.
Selepas kelemahan seseorang anak murid dipulihkan,
anak murid tersebut akan berkeupaya untuk mengikuti mata pelajaran lain.
Penempatan murid-murid pemulihan dalam kumpulan akan diubahsuai mengikut
perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment