Pada
tahun 1965, 3 orang guru pemulihan telah memperolehi latihan di England dan
mula berkhidmatdi Malaysia. Seramai 9 orang guru memperolehi latihan di luar
negara sehingga 1968. Walaupun program pendidikan pemulihan bermula di Malaysia
dengan nama “Pilot Projek” pada tahun 1967, program tersebut dihentikan pada
tahun 1970.
Selepas
kerajaan membekukan pengambilan guru-guru berkursus bidang pendidikan pemulihan
dalam tahun 1968 sehingga 1974, Laporan Murad telah menunjukkan bahawa sebanyak
25% murid-murid sekolah rendah tercicir dalam menguasai 3M. Maka, selepas sedar
akan kepentingan program pendidikan pemulihan, dengan segera pihak kerajaan
mengambil dengan mengadakan seminar pada tahun 1975 di Universiti Malaya.
Pada
tahun 1975, Pusat Perkembangan Kokurikulum (PPK), Kementeria Pendidikan
Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk
sekolah rendah. Starategiyang digunakan ialah strategi pendidikan pemulihan
oleh guru kelas biasa. Manakala mereka yang menghadapi masalah pembelajaran
yang kompleks akan diserahkan kepada guru pemulihan khas.
Pada
tahun tersebut juga, Kursus Dalam Cuti (KDC) turut diperkenalkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara jawatankuasa kursus ialah 2 minggu dalam
cuti penggal pertama, 2 minggu dalam cuti penggal kedua dan 4 minggu dalam cuti penggal ketiga.
Beberapa
Maktab Perguruan di seluruh Malaysia telah disediakan kursus pendidikan
pemulihan. Kursus sebanyak satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu
Khas Kuala Lumpur pada tahun 1977. Untuk menampung kekurangan guru-guru
pemulihan, kursus-kursus jangka pendek turut diperkenalkan pada tahun 1981.
No comments:
Post a Comment