Kaedah Pelaksanaan Program Pemulihan

Carta Aliran Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
        Setiap program mestilah mempunyai proses pelaksanaannya supaya program itu dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan lancar. Dalam Garisan Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pemulihan Khas 2012 telah mencatatkan proses pelaksanan Program Pemulihan seperti dalam carta aliran di bawah:


Huraian tentang Carta Aliran Pelaksanaan Program  Pemulihan
1. Pencalonan Murid
      Kaedah untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan adalah berdasarkan prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik. Individu yang boleh mencalonkan murid untuk mengikuti program pemulihan khas adalah seperti:


            Guru besar boleh mencalonkan murid mengikuti program pemulihan berdasarkan Rekod Kemajuan, Rekod Individu dan membuat pemerhatian am di dalam atau di luar sekolah.

           Guru kelas boleh mencalonkan murid mengikuti program pemulihan berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira, hasil kerja rumah murid dalam kelas serta pencapaian ujian yang sudah diambil seperti ujian harian, mingguan, bulanan, penggal dan peperiksaan akhir tahun. Guru kelas juga boleh mengambil kira latar belakang murid, data daripada Kad Individu dan laporan daripada guru kelas, seperti huraian berikut:


           Guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik juga bertanggungjawab untuk mencalonkan murid yang lemah mengikuti program pemulihan berdasarkan pencapaian akademik mereka. Jika guru mendapati murid-murid yang tidak dapat mengikut pengajaran di dalam kelas maka mereka boleh dicalon untuk mengikuti program ini.
            Guru pemulihan juga boleh mencalonkan murid untuk mengikuti program pemulihan berdasarkan pencapaian murid dalam Saringan LINUS bagi murid Tahap 1 dan Instrumen Penentu Penguasaan Menulis dan Membaca (IPP2M) dan Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM). Jika murid-murid mendapat markah yang kurang daripada 50 peratus, maka mereka akan dipilih untuk mengikuti kelas pemulihan khas.
        Ibu bapa atau penjaga juga boleh mencalonkan anak mereka untuk mengikuti program pemulihan di sekolah. Jika ibu bapa atau penjaga mendapati anak-anak mereka tidak dapat menyiapkan kerja rumah, mangalami masalah pembelajaran atau tidak ingin hadir ke sekolah, maka ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak mereka melalui pelaporan kepada guru atau guru besar di sekolah. 

2. Pengumpulan Maklumat Murid
       Selepas mendapat nama murid yang dicalonkan, guru pemulihan harus mengumpulkan maklumat murid untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut. Guru pemulihan juga boleh mendapat maklumat daripada pelbagai sumber, seperti berikut:
*      Buku-buku rekod sekolah
*      Borang rujukan (Kemahiran asas 3M serta tingkah laku murid di dalam kelas)
*      Mengakses Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
*     Perbincangan dengan guru besar, guru kelas dan ibu bapa atau penjaga murid.
*      Pemerhatian guru pemulihan terhadap murid yang dicalonkan
  
Terdapat banyak kepentingan untuk mengumpul maklumat, seperti berikut:


3. Saringan
   Menurut Syed Abdul Bakar (1997), ujian saringan ialah satu alat pengukuran yang menyeluruh untuk menguji kekuatan dan kelemahan seseorang murid yang dicalonkan bagi mengikuti program pemulihan dalam penguasaan mana-mana kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira.

Objektif untuk menjalankan ujian saringan adalah seperti berikut:

Ø  Memudahkan guru pemulihan menempatkan murid-murid yang sama tahap ke dalam satu kumpulan kecil
Ø  Memudahkan guru pemulihan merancang kerja-karja diagnosis atau mencari punca kelemahan murid-murid yang dikaji

Terdapat 7 bentuk ujian saringan dalam program pemulihan, iaitu:

1.    Ujian umum dan pendek
2.   Ujian diberikan serentak kepada sekumpulan murid-murid yang jumlahnya kurang daripada 21 orang
3.    Kawasan-kawasan kemahiran yang diuji mestilah seimbang
4.    Arahan yang diberikan senang diikuti dan jelas
5.    Keadaan murid yang diuji mestilah selesa
6.    Pernilaian yang tidak berat sebelah
7.  Penguji harus memastikan kaedah pengujian yang dikehendaki sama ada secara lisan, bertulis atau amali

Syarat-syarat semasa melaksanakan ujian saringan:

*      Ujian saringan akan dijalankan selepas proses pencalonan.
*  Semasa ujian saringan dijalankan, murid-murid yang dicalonkan akan ditempatkan di sebuah bilik yang terang, kemas dan mempunyai pengedaran udara yang nyaman.
*      Tempat duduk yang selesa dan keadaan kelas yang tidak sempit
*   Masa untuk menjalankan ujian saringan adalah bergantung kepada bilangan soalan yang diberikan
     
4. Ujian Diagnostik dan Pengamatan
            Menurut Syed Abu Bakar (1997), ujian diagnostik merupakan ujian yang formatif yang dilakukan untuk memperoleh data-data yang dapat menunjukkan kelemahan yang menyebabkan murid-murid mengalami masalah pembelajaran. Ujian ini merupakan ujian yang terpnting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas.

            Antara objektif yang utama menjalankan ujian diagnostik adalah seperti berikut:
  • Mengesan daerah kelemahan dan kekuatan setiap murid.
  • Mengenal pasti kesesuaian murid yang dipilih untuk mengikuti program pemulihan
  • Mengenal pasti secara khusus masalah-masalah yang dialami oleh murid-murid.
  • Mengetahui tahap keterukan masalah-masalah yang dialami oleh murid-murid.
  • Mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.

            Penggubalan soalan ujian diagnostik merupakan satu proses yang amat mencabar. Terdapat 5 pelunjuran strategi menggubal soalan-soalan ujian diagnostik, seperti gambar rajah di bawah:


             Ujian ini boleh dipecahkan kepada dua peringkat, iaitu peringkat I dan peringkat II. Antara ujian diagnostik yang terdapat dalam kedua-dua peringkat ini ialah:


          Ujian diagnostik ini hendaklah dijalankan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu manakala ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan yang tidak melebihi 4 orang dalam satu waktu. Soalan ujian ini adalah diatur mengikut tahap kognitif yang paling rendah kepada paling tinggi, iaitu daripada kemahiran pengetahuan, pemahaman ke penggunaan. Oleh itu, ujian diagnostik dimulakan dengan ujian lisan kepada ujian bertulis. Jika seorang murid yang diuji didapati tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul dalam 3 kemahiran secara berturut-turut, maka ujian ini akan diberhentikan. Setiap jawapan murid akan dicatatkan dalam Borang Rekod Ujian Diagnostik supaya menjadi bahan rujukan pada ujian yang seterusnya.

5. Ujian Pengamatan
              Menurut Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan juga merupakan satu kemahiran yang berkaitan dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang lemah juga boleh menguasai kemahiran ini dan membantunya dalam pembelajaran mereka sekiranya mereka diberi latihan.        

         Pengamatan memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Hal ini demikian kerana setelah kanak-kanak menguasai kemahiran ini, mereka akan berkemampuan dalam mengumpul, membeza dan membuat penumpuan yang disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman. Oleh sebab kebanyakan kanak-kanak keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis secara terbalik, kekeliruan terhadap huruf besar dan huruf kecil dan lain-lain, kemahiran pengamatan amat diperlukan oleh kanak-kanak jenis ini. Hal ini demikian kerana pengamatan dapat membantu kanak-kanak menganalisa bentuk-bentuk dan simbol-simbol dalam bacaan dengan lebih cekap.

     Secara umumnya, penamatan terbahagi kepada 3 komponen, iaitu penglihatan, pendengaran dan sensori-motor. Menurut Fred J. Schnell dalam Buku Panduan Pelaksanan Program Pemulihan Khas, dia telah mengatakan bahawa orang yang mempunyai pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran yang bagus dapat membaca dengan baik. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan ialah:


  • Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan.
  • Mereka mengalami kesukaran dalam mengaitkan sesuatu yang diketahui kepada situasi yang baru.
  • Daya ingatan yang lemah.
  • Melakukan sesuatu perkara secara terburu-buru tanpa fikir.
  • Tidak dapat mengikut corak dalam sesuatu permainan.
  • Tidak dapat membuat kerja yang memerlukan daya kreatif.
  • Ketidakupayaan dalam membuat kerja dengan cepat.
  • Sukar untuk menumpukan perhatian dalam situasi yang baru.
  • Belajar sesuatu secara hafalan tanpa memahami apa yang sedang pelajari.
  • Lemah dalam diskriminasi pendengaran

      Dalam ujian pengamatan, kemahiran-kemahiran di bawah ini akan diuji:
*      Kemahiran diskriminasi yang sama
*      Kemahiran diskriminasi yang ganjil
*      Kemahiran diskriminasi saiz
*      Kemahiran ingat kembali
*      Kemahiran orientasi kedudukan
*      Kemahiran turutan
*      Kemahiran menyundah atau melenkapkan
*      Kemahiran menyalin
*      Kemahiran rajah latar belakang atau bertindih
*      Kemahiran ko-ordinasi motor mata tangan
*      Kemahiran pertalian jarak atau ruang
*      Kemahiran gambar bersiri
*      Kemahiran kekalan atau keabadian bentuk
*      Kemahiran mazing atau cari jalan keluar
*      Kemahiran benda tersembunyi.

     Biasanya, ujian diagnostik pengamatan mempunyai 150 soalan. Setiap soalan membawa 1 markah dan markah penuh ialah 150. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dan setiap arahan yang ada pada setiap soalan guru dibenarkan membaca. Syarat yang paling unik dalam ujian ini adalah soalan ujian akan diedarkan sehelai demi sehelai mengikut bahagian.


6. Analisis Ujian Diagnostik dan Ujian Pengamatan
            Selepas menjalankan ujian diagnostik dan ujian pengamatan, guru akan mengetahui masalah yang dialami oleh pelajar dalam pembelajaran mereka. Guru juga dapat mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan murid itu mengalami masalah pembelajaran. Melalui kedua-dua ujian ini, guru dapat bersedia menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai untuk mereka.

7. Penyediaan Rancangan Pengajaran
        Rancangan program pemulihan harus dibuat mengikut kesseuaian murid-murid pemulihan. Sebelum rancangan pengajaran mula disediakan, guru pemulihan harus mengambil kira dua perkara, iaitu apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan dan apa yang perlu diketahui oleh murid selepas pengajaran dilakukan.

8. Pengajaran dan Pembelajaran
        Guru pemulihan akan menggunakan pelbagai strategi yang menarik untuk mendapat perhatian pelajarnya. Alat bahan bantu mengajar yang berwarni-warni dan istimewa tentunya dapat menarik minat dan tumpuan perhatian murid pemulihan terhadap gurunya. Dalam pengajaran dan pembelajaran program pemulihan, kaedah individu atau berkumpulan amat dipentingkan. Hal ini kerana kaedah ini dapat melibatkan semua murid pemulihan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.  

        Selain itu, kerja-kerja pengukuhan juga perlu dibuat setelah menjalankan P&P dengan murid-murid pemulihan. Kerja-kerja pengukuhan ini amat penting kerana ini dapat mengekalkan ingatan terhadap kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari akan kekal dan boleh digunakan dalam pemindahan pelajaran apabila mempelajari sesuatu baru.


9. Pernilaian
          Selepas pengajaran dijalankan, guru pemulihan khas harus menilai prestasi yang dicapai oleh murid-murid pemulihan. Pernilaian setiap murid hendaklah berdasarkan hasil kerja dan tahap perkembangan kemahiran mereka.

         Rekod prestasi kemajuan setiap pelajar amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pemulihan dijalankan dengan lengkap dan baik. Pencapaian murid hendaklah direkodkan berterusan selaras dengan pengajaran dan pembelajaran serta pernilaian yang telah dijalankan. Kandungan dalam rekod haruslah mempunyai corak yang tersendiri selari dengan perkembangan kemajuan murid dalam satu-satu mata pelajaran. Bagi murid-murid pemulihan yang berjaya dipulihkan akan dikecualikan dalam program pemulihan.

10 Tindakan Susulan
       Murid-murid yang telah mengikuti kelas pemulihan khas dan berjaya mengatasi masalah dalam menguasai sesuatu kemahiran adalah layak kembali ke kelas biasa. Walaupun demikian, guru pemulihan khas dan guru kelas biasa akan sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut dengan memberi bantuan agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti pembelajaran di kelas biasa.

            Antara pendekatan yang dilaksanakan dalam tindakan susulan adalah:

  • Maklumat pencapaian murid akan diserahkan kepada guru kelas.
  • Pemerhatian khusus akan dilakukan oleh guru kelas, guru mata pelajaran, dan guru pemulihan khas.
  • Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.
 
                       


No comments:

Post a Comment