Definisi Program Pendidikan Pemulihan

       Dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan pemulihan didefinisikan seperti berikut:
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus dan diruang yang khusus.”

            Menurut Robiah Kulop Hamzah dan bukunya “ Guru Khas Pemulihan Fungsi dan Masalah, Tokoh pertama Pringle (1966) telah mengatakan bahawa Pendidikan Pemulihan ialah  pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. 

Manakala tokoh kedua Albewhite (1977) pula mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. 

            Selain itu, tokoh ketiga Transley (1967) memberi definisi bahawa pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun. 

Tokoh keempat Collins (1961) mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Beliau turut menambahbaik bahawa pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira.

            Seterusnya, tokoh kelima Evans (1995) telah mendefinisikan pengajaran pemulihan dianggap sebagai “ the ambulance of educational system”. 

Tokoh keenam Blair (1956) beri pandangannya bahawa pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat. 

            Tokoh ketujuh Koh (1979) mengatakan bahawa pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal. 

Tokoh kelapan Sharifah (1979) pula memberi pendapatnya bahawa pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah. 

Tokoh yang terakhir iaitu Chua (1977) memberi definasi bahawa pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya.

            Di samping itu, Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975) memberi definasi bahawa pengajaran Pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran di kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa. 

Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) telah mengatakan bahawa dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

           Menurut Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986, pengajaran pemulihan adalah sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.


            Dalam kesimpulannya, menurut Robiah (1992), pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam  pembelajaran di sekolah. Tujuan pengajaran pemulihan diperkenalkan adalah untuk membantu murid-murid pemulihan tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.

No comments:

Post a Comment