Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan


            Dengan tujuan untuk membantu murid-murid sekolah rendah yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan Program Pemulihan Khas. Pelaksanaan tersebut dimulakan sejak tahun 1960an. Penguasaan kemahiran asas 3M di peringkat awal terutama di Tahun 1 adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana penguasaan kemahiran 3M dapat mengatasi “Academic Deficit” dalam kalangan murid.

            Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan oleh sistem pendidikan Malaysia pada tahun 1983. KBSR yang diperkenalkan tersebut berfokus kepada masalah menguasai kemahiran asas. Berbanding dengan program masa lampau, Program KBSR menitikberatkan strategi pengajaran secara kumpulan. Murid-murid dikenalpasti agar dapat menguasai kemahiran asas 3M dalam tempoh masa yang ditetapkan. Murid-muris yang gagal menguasai kemahiran asas tersebut akan menjalani program pemulihan. Dengan menerusi Program Pemulihan Khas, program ini dijalan dan diwujudkan di setiap sekolah rendah.

No comments:

Post a Comment